DBKL tunda 3,820 kenderaan halang lalu lintas - Utusan Malaysia

DBKL tunda 3,820 kenderaan halang lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menunda sebanyak 3,820 buah kenderaan dari Januari sehingga bulan Jun 2019 kerana kesalahan menghalang lalu lintas.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 yang mana bagi kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.

“Operasi tersebut bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya contoh dalam pematuhan undang-undang jalan raya di samping mendidik orang ramai bertanggungjawab serta mengambil berat tentang keselamatan pengguna lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan akan diteruskan dari semasa ke semasa selagi mentaliti pengguna tidak menjurus ke arah pematuhan peraturan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu adalah meletakkan kenderaan di garisan kuning, membuat halangan fizikal serta meletak kenderaan secara bertindih.

“Bagi mengatasi serta mengurangi rungutan ini, DBKL telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan menunda kenderaan yang menyebabkan halangan lalu lintas serta mengurangkan kesesakan khususnya di pusat bandar.

“Warga kota dinasihatkan untuk lebih bersikap prihatin serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa menggunakan tempat awam bagi memastikan lalu lintas berada dalam keadaan lancar dan baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini