KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 521 notis kompaun kepada orang awam yang melakukan kesalahan meludah dan membuang sampah kecil di sekitar ibu kota dari Januari hingga Mei lalu.
DBKL menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan khas anti kotor itu menyasarkan golongan warga kota yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil atau kesalahan meludah di kawasan tempat awam.
“Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 47, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang Undang Kecil Larangan Meludah (Kuala Lumpur) 2017.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh disabitkan kesalahan dengan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dua ribu ringgit,” katanya.- UTUSAN ONLINE











