Datuk Bandar KL lakukan lawatan kerja di Segambut - Utusan Malaysia

Datuk Bandar KL lakukan lawatan kerja di Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan hari ini mengadakan lawatan kerja di Segambut bagi mengenalpasti beberapa kawasan bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan tersebut adalah tiga kawasan lapang yang dicadang untuk dijadikan taman rekreasi di Persiaran Dutamas, Jalan Kelapa Hijau dan sekitar Toba.

“Datuk Bandar turut meluangkan masa kira-kira dua jam beramah mesra selain mendengar aduan serta pandangan penduduk setempat berhubung kerja-kerja naik taraf tersebut,” menurut DBKL dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini