Dana SRC: Saya tidak terlibat dalam pemindahan dana - Bekas pengarah - Utusan Malaysia

Dana SRC: Saya tidak terlibat dalam pemindahan dana – Bekas pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak terlibat dalam pemindahan dana daripada SRC kepada dua subsidiarinya, Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Suboh, 68, saksi ke-42 mengakui demikian ketika merujuk kepada 13 salinan borang Electronic Transfer of Funds and Securities System (RENTAS) daripada akaun SRC kepada Gandingan Mentari dan Gandingan Mentari kepada Ihsan Perdana yang ditunjukkan oleh peguam bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Transaksi bank itu melibatkan tiga transaksi antara SRC kepada Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana antara 24 Disember 2014 dan 6 Februari 2015 dengan jumlah RM42 juta. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa sesi merekod kenyataannya yang pertama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015, Suboh mengakui bahawa tandatangan itu adalah miliknya tetapi kemudian pada 2018, semasa sesi kenyataan kedua dan ketiganya oleh badan itu, beliau mengubah kenyataannya dengan menyatakan beliau tidak ada menurunkan sebarang tandatangan pada dokumen pemindahan RENTAS.   

Walaupun terdapat pertikaian kenyataan dalam enam kenyataan kepada SPRM pada 2015 dan 2018 berhubung signifikannya tandatangan beliau pada surat RENTAS, Suboh akhirnya mendedahkan bahawa beliau tidak pernah menurunkan tandatangannya, semasa disoal balas oleh Muhammad Shafee pada hari ke-31 perbicaraan Najib, yang dibicarakan atas tujuh pertuduhan pelesapan dana SRC bernilai RM42 juta. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini