Dana SRC: Najib diberi amaran keras - Utusan Malaysia

Dana SRC: Najib diberi amaran keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran keras berdepan dengan tindakan menghina mahkamah jika tidak berhati-hati dengan hantarannya di media sosial.

Memberikan amaran keras untuk itu, hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali berkata, sebarang hantaran umum yang dibuat Najib akan berdepan dengan tindakan.

Pesanan itu diberikan hakim selepas beliau menetapkan Isnin depan untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang menuntut Najib memohon maaf.

Pagi tadi Thomas mengemukakan permohonan kepada hakim agar mengarahkan Najib meminta maaf tanpa syarat selepas memberikan komen mengenai perbicaraannya di Facebook.

Najib sebelum ini menulis mengenai isu perbelanjaannya bernilai RM3 juta yang menggunakan kad kredit yang dikaitkan dengan pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional itu.

Ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian meminta hakim menetapkan Isnin depan sebagai tarikh mendengar hujah kerana beliau memerlukan masa berbincang dengan anak guamnya bagi menyediakan pembelaan.

Hari ini merupakan hari ke-40 perbicaraan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×