Dakwaan Wan Ji perlu disiasat - Utusan Malaysia

Dakwaan Wan Ji perlu disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Dakwaan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin bahawa dirinya dipukul ketika berada dalam Penjara Kajang perlu disiasat dengan teliti.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah percaya Wan Ji yang mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menangguhkan hukuman penjara setahun itu mempunyai kewibawaan dan tidak akan mereka-reka fakta.

“Semua dakwaan harus disiasat teliti. Saya juga percaya Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan arahkan supaya siasatan dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya selama ini (ada) pengalaman di Penjara Sungai Buloh tetapi tidak (dipukul). Jadi, dakwaan seperti ini wajar disiasat oleh pihak Penjara Kajang,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun terhadap Wan Ji sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Wan Ji, 37, dihukum penjara setahun atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini