Dadah di Langkawi, isu politik? - Utusan Malaysia

Dadah di Langkawi, isu politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAH Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur Pulau Langkawi, Kedah, sejak kelmarin, tepat pada masanya. Sesuatu yang ditunggu-tunggu penduduk yang semakin hari semakin resah dengan masalah dadah di pulau peranginan itu.

Ia kurang dua minggu Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan masalah dadah di Pulau Langkawi kepada media, yang perkara sama turut disuarakan kepada beliau oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Peliknya, ada yang beranggapan pendedahan media berhubung isu dadah ini satu bentuk ‘serangan’ politik untuk memburuk-burukkan kerajaan, apatah lagi Perdana Menteri adalah Ahli Parlimennya. Siap buat sidang akhbar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahan pula, secara kebetulan sebuah lagi akhbar menyiarkan berita tentang kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ‘berkampung’ di Bukit Malut yang pada masa sama turut menggerunkan penduduk di pulau itu.

Dadah ancam Langkawi
LAPORANisu dadah di Langkawi dalam muka hadapan Mingguan Malaysia pada 23 Jun 2019.  – UTUSAN ONLINE

Cukuplah berpolitik. Dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan masa depan negara, janganlah masih hendak menyalahkan media. Terimalah sebagai satu kritikan membina.

Bagi orang media, Abdul Hamid yang sebahagian besar khidmatnya mencurah bakti di dalam Cawangan Khas (SB), pastinya tidak akan bercakap tanpa bukti dan maklumat risikan yang kukuh. Begitu juga Perdana Menteri.

Nah buktinya, dalam sidang akhbar PDRM hari ini selepas operasi besar-besaran menggempur pulau itu kelmarin, ratusan orang ditahan. Lebih 20 orang adalah pengedar dadah. Tidak cukupkah angka ini untuk meresahkan penduduk pulau itu?

Harus diingat, masalah penagihan dadah mendorong berlakunya banyak kes pecah rumah. Ini diakui oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad yang rumahnya di pulau itu turut pernah diceroboh penagih dadah.

Jangan lupa juga bahawa jenayah ragut yang banyak berlaku di Kuala Lumpur, turut dikaitkan dengan masalah dadah yang jika tidak dibendung, boleh menjejaskan kedatangan pelancong asing dan tempatan ke pulau itu.

Dalam hal ini, tidak perlu ada sikap untuk ‘menyorok’ situasi sebenar semata-mata untuk menjaga imej Pulau Langkawi. Hal demikian kerana dengarnya ada kes-kes kemalangan tidak dilaporkan agar nama baik pulau peranginan negara itu tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini