Cubaan seludup 300,000 pil kuda ke Malaysia gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 300,000 pil kuda ke Malaysia gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA – Polis Thailand berjaya menahan tiga warga tempatan dan mematahkan cubaan menyeludup 300,000 pil kuda ke Malaysia.

Polis Narkotik menahan tiga warga tempatan berumur 33 hingga 46 tahun itu antara 10 pagi hingga 8.30 malam waktu tempatan pada Jumaat lepas di lokasi berasingan di selatan negara ini.

Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9, Mejar Polis Phot Suaisuwan berkata suspek pertama yang berusia 33 tahun dari Pattani merupakan pengedar dadah sebuah sindiket merentas sempadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain 300,000 pil kuda, polis turut menemui 800 gram heroin dalam sebuah bas persiaran yang dipandu suspek.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah 2.7 juta baht (RM363,274),” katanya pada sidang media semalam.

Phot berkata polis menahan dua lelaki yang berusia 46 dan 37 yang dipercayai merupakan pengedar dadah untuk membantu siasatan kes sama. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini