Coutinho pulang ke pangkuan Anfield? - Utusan Malaysia

Coutinho pulang ke pangkuan Anfield?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Julai – Philippe Coutinho memberi bayangan bahawa dia bersedia untuk menyertai Liverpool dari Barcelona secara pinjaman pada musim depan.

Bintang Brazil itu dikaitkan bakal meninggalkan kelab Sepanyol tersebut, selepas berdepan kesukaran mendapat tempat dalam kesebelasan utama, dengan Manchester United dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Ketibaan Antoine Griezmann semakin mengecilkan peluang Coutinho untuk berebut tempat dalam kesebelasan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ejen Coutinho, Kia Joorabchian berkata, dia menerima tawaran pinjaman selama dua tahun dari Liverpool dengan pilihan pembelian secara tetap pada harga 88 juta pound (RM454 juta) lapor media tempatan Sepanyol, Calciomercato.

“Saya fikir Liverpool berada di hatinya dan dia salah seorang peminat kelab itu sepanjang musim lalu. Dia berharap mereka memenangi gelaran dan secara peribadinya saya tidak fikir dia akan menyertai musuh Liverpool,” kata Joorabchian.

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool dengan nilai 142 juta pound (RM733 juta) pada Januari 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini