Coleman catat masa terpantas kali kedua - Utusan Malaysia

Coleman catat masa terpantas kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STANFORD, Amerika Syarikat – Atlet pecut Amerika Syarikat (AS), Christian Coleman percaya dia mampu mencatat larian yang lebih pantas dalam acara 100 meter (m) tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Olahraga Liga Berlian Klasik Prefontaine baru-baru ini.

Pelari berusia 23 tahun itu sekali lagi memberi amaran kepada pencabarnya pada Kejuaraan Dunia yang akan berlangsung di Doha September depan apabila merekodkan masa 9.81 saat (s) pada saingan di Universiti Stanford itu.

Ini catatan terbaik yang dilakukan oleh Coleman selepas merekodkan 9.85s ketika memenangi Liga Berlian Bislett di Oslo pada 13 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan kejayaan itu, Coleman berazam untuk memperbaiki lagi catatannya itu dalam usaha untuk memburu gelaran dunia pertamanya di Doha tahun ini.

“Semuanya bergantung kepada mentaliti saya. Masih ada ruang untuk melakukan pembaharuan dan peningkatan.

“Selepas ini kami akan kembali semula melakukan eksperimen dan terus berusaha keras bagi memastikan saya lebih bersedia pada kejohanan ber­ikutnya,” kata Coleman.

Coleman yang juga me­rupakan pemegang rekod dunia 60m dalam dewan, hanya muncul naib juara acara 100m di belakang Justin Gatlin pada Kejua­raan Dunia 2017.

Pada aksi berkenaan, dia ketinggalan 0.02s di belakang Gatlin yang mencatat 9.92s.

Namun, pada saingan di Stanford, Gatlin menamatkan larian di belakang Coleman dengan ca­tatan 9.87s, manakala atlet Britain, Zharnel Hughes di tempat ketiga dengan masa 9.97s. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini