Cikgu Rahim terajui Kafa - Utusan Malaysia

Cikgu Rahim terajui Kafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah diberi mandat menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) selepas menang pemilihan jawatan Presiden pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) hari ini.

Wan Abdul Rahim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim menewaskan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz menerusi kiraan undi dua pusingan 28-16.

Pada pusingan pertama Wan Rahim menang menerusi kiraan 25-20, namun peraturan menetapkan kemenangan itu mesti dilakar dengan majoriti dua pertiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu menyaksikan Cikgu Rahim akan memimpin Kafa bagi penggal 2019-2023.

Sementara itu, Datuk Seri Afandi Hamzah menepati ramalan apabila berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden selepas berjaya menewaskan dua pencabar terdekat Mohammad Yusri Ismail dan Datuk Seri Mohd . Zumridi Thambi.

Afandi memperoleh 23 undi sementara Mohammad Yusri 20 undi dan Mohd. Zumridi dua undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) sebulat suara memilih Datuk Rowi Dollah, Datuk Shaari Mat Hussain dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr. Zaliman Sauli.

Jawatankuasa Exco pula dibarisi 10 individu iaitu Zakaria Mat, Wan Rakemi Wan Zahari, Datuk Azman Ismail, Zahari Kechik, Ahmad Muzakir Hamid, Muhammad Nuzulhan, Hanafi Ismail, Zaki Mohd. Zain, Mohd. Asri Mohd. Hussain dan Datuk Ir. Shamin Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini