Chef Wan tuduh Najib hipokrit - Utusan Malaysia

Chef Wan tuduh Najib hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan hari ini menuduh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak memahami maksud di sebalik kenyataan yang ditulis dalam laman Instagram miliknya semalam.

Dalam hantaran yang dimuat naik hari ini, Cef Wan juga berkata, Najib telah bersikap hipokrit sebelum ini.

“Panggil Isa Samad tu esok juga dan saya nak serahkan Anugerah Icon Felda itu kepada beliau dan Najib! Memang manusia-manusia jahat ini langsung tidak takut dosa memfitnah saya yang bukan-bukan. Lepas tu boleh ‘pulak’ solat lima waktu menghadap Allah SWT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimana semua hiporkit melakukan semua ini?” soal beliau.

Dalam hantaran itu juga, Chef Wan berkata, beliau pernah dijemput dua kementerian semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi memberi motivasi khusus dalam isu sosial kepada golongan peneroka Felda.

“CW (Chef Wan) tolong bawa isu ini mereka yang malas, mencuri, menipu duit baja, kahwin lagi ambil dadah dan macam-macam lagi sebelum awak memberi motivasi mereka dan berkongsi pengalaman hidup serta bekerja keras untuk menjadi seperti mana awak hari ini?

“Saya nak tanya Najib, jika saya ini seorang manusia yang tidak baik dan tidak berjaya dalam kerjaya saya, mengapa hantar saya untuk membantu beliau dan juga menterinya?” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini