Ceramah Wan Ji di Melaka kecoh, dibantah sekumpulan individu - Utusan Malaysia

Ceramah Wan Ji di Melaka kecoh, dibantah sekumpulan individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 21 Julai – Keadaan di Masjid Ar Rahman dekat Kampung Parit Melana, Durian Tunggal di sini bertukar kecoh apabila sekumpulan individu membantah kehadiran penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk mengadakan ceramah di masjid itu, malam ini.

Ceramah yang dijadualkan disampaikan pendakwa kontroversi selepas solat maghrib itu terpaksa ditunda ekoran bantahan dipercayai dianjurkan Gerakan Pembela Ummah Melaka berkenaan.

Difahamkan, keadaan mula tegang kira-kira pukul 7.50 petang selepas penceramah itu dipaksa keluar daripada masjid berkenaan oleh kumpulan tersebut semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahad sedang menyampaikan ucapan aluan sebelum ceramah bermula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal sepasukan anggota polis yang sudah bersiap sedia di masjid berkenaan dengan menghalang kumpulan tersebut untuk mara ke bahagian depan.

Selepas kira-kira 30 minit mengadakan bantahan dan provokasi, kumpulan tersebut akur dengan arahan polis dan mula beredar meninggalkan masjid. Ceramah Wan Ji disambung semula kira-kira pada pukul 8.30 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini