IPOH 10 Julai – Jaringan pemain import, Careca memastikan Perak meraih tiga mata penuh apabila mengalahkan Selangor 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini.
Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-29 apabila Taylor Francis George Regan bijak mengambil kesempatan daripada keadaan kelam kabut di depan pintu gol pasukan Perak selepas sepakan sudut Sandro.
Namun, Perak bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-42 perlawanan menerusi pemain imprt dari Brazil, Careca.
Begitupun, Selangor kembali di depan pada minit ke-45 apabila Endrick Dos Santos menewaskan Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menerusi rembatan kaki kiri.
Perak kembali menyamakan kedudukan 2-2 sebelum rehat apabila Leandro Dos Santos menyempurnakan sepakan penalti.
Bersambung permainan babak kedua, pasukan tuan rumah mendahului 3-1 menerusi jaringan Careca pada minit ke-62 hasil daripada serangan balas yang pantas.
Perak mempertahankan kelebihan jaringan itu sehingga wisel penamat untuk memastikan tiga mata penuh.- UTUSAN ONLINE











