Cara untuk pastikan penerbangan lebih selamat, selesa - Utusan Malaysia

Cara untuk pastikan penerbangan lebih selamat, selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGEMBARA dengan menaiki pesawat komersial adalah salah satu pilihan yang baik. Ini kerana menggunakan pengangkutan udara cepat, menyenangkan dan selamat.

Namun demikian, persekitaran dalam pesawat dan faktor berkaitan perjalanan boleh menyebabkan stres kepada penumpang.

Beberapa cara untuk memastikan penerbangan tersebut lebih selamat dan selesa :

Memuatkan artikel berkaitan…
  • Bawa bekalan ubat-ubatan yang mencukupi sepanjang pengembaraan anda. Jangan lupa bertanya doktor sama ada dos ubat tersebut akan berubah sekiranya waktu maka dan tidur akan bertukar di destinasi baharu.
  • Bawa kesemua ubat preskripsi bersama anda dalam bekas yang dilabel oleh pusat perubatan dan pastikan anda membawa salinan preskripsi tersebut.
  • Kelembapan udara kabin pesawat biasanya kurang daripada 20 peratus iaitu agak kering.
  • Sungguhpun aras tinggi ini mungkin menjadi punca ketidakselesaan kepada kulit dan mata, risiko untuk ia mengganggu kesihatan anda secara keseluruhan adalah amat kecil.

Ketidakselesaan boleh diminimumkan melalui cara:

  • Banyak air dan jus.
  • Mengehadkan pengambilan minuman berkafein, alkohol, teh dan kopi kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan bendalir badan.
  • Pakai cermin mata dan bukan kanta lekap.
  • Menyapu krim pelembap kulit.
  • Sekiranya telinga anda sakit semasa di udara, antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menelan air liur dengan kerap atau dengan mengunyah gula-gula getah semasa dalam pesawat.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini