Cameroon pecat Seedorf, Kluivert - Utusan Malaysia

Cameroon pecat Seedorf, Kluivert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Cameroon mengambil tindakan drastik memecat jurulatih, Clarence Seedorf dan pembantunya, Patrick Kluivert atas arahan Menteri Sukan negara itu selepas mereka gagal beraksi cemerlang di Piala Negara-Negara Afrika.

Pasukan bergelar Indomitable Lions itu hanya menang satu daripada empat perlawanan dalam kejohanan di Mesir yang menyebabkan Menteri Sukan negara berkenaan, Narcisse Mouelle Kombi meminta pasangan berkenaan ditamatkan kontrak.

Permintaan itu ditunaikan semalam apabila Persekutuan Bola Sepak Cameroon mengumumkan mereka menamatkan kontrak empat tahun ditandatangani Seedorf pada Ogos 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Badan induk bola sepak negara itu dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan itu dibuat selepas Cameroon tersingkir awal.

Bekas pemain tengah AC Milan dan Belanda itu mengetuai 12 perlawanan, tetapi hanya menang empat kali berdepan Malawi, Comoros Islands, Zambia dan Guinea-Bissau.

Jawatan jurulatih itu adalah yang pertama buatnya di peringkat antarabangsa selepas berkhidmat di AC Milan dan Deportivo La Coruna di Sepanyol.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini