Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi didorong faktor-faktor dalaman, dengan pelabur kini menunggu pengumuman mengenai kadar dasar semalaman yang dijadual diumumkan oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.24 mata kepada 1,679.88 daripada 1,677.64 pada penutupan Isnin.

Indeks bergerak antara 1,677.98 dan 1,681.81 disepanjang sesi pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran secara menyeluruh bagaimanapun negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 368 berbanding 310 manakala 393 kaunter tidak berubah, 777 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.37 bilion saham bernilai RM721.76 juta.

Prestasi FBM KLCI berbeza dengan kedudukan bursa serantau dengan Indeks Straits Times Singapura turun 0.24 peratus kepada 3,326.14, Nikkei Jepun susut 0.05 peratus

kepada 21,524.55 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.8 peratus kepada 28,106.22. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini