Bursa Malaysia susut - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia susut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia berjaya kekal di atas paras sokongan 1,690 meskipun terjejas disebabkan oleh data lemah sektor perkhidmatan China, aktiviti pengambilan untung serta penurunan harga minyak mentah.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras harian tertingginya pada 1,690.05, walaupun indeks utama itu 0.95 mata atau 0.06 peratus lebih rendah berbanding paras penutup 1,691.0 pada Selasa.

Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn Bhd Kenneth Leong berkata aliran menurun sederhana di bursa tempatan itu juga sejajar dengan prestasi bursa serantau lain berikutan kebimbangan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin/Markit China turun daripada 52.7 pada Mei kepada 52.0 pada Jun, paras terendah dalam tempoh empat bulan.

Jumlah dagangan yang diurus niaga tinggi sebanyak 3.01 bilion unit bernilai RM1.82 bilion daripada 2.82 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Selasa.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 456 berbanding 395 manakala 420 kaunter tidak berubah, 569 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Indeks petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,683.24 dan 1,690.05 sepanjang hari dagangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini