Bursa Malaysia susut 0.4 peratus pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia susut 0.4 peratus pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Bursa Malaysia ditutup 0.4 peratus lebih rendah pada akhir dagangan pagi, menjejaki prestasi lemah bursa Asia susulan kebimbangan baharu membabitkan rundingan perdagangan China-AS.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.96 mata kepada 1,661.98 berbanding 1,668.94 semalam.

Indeks bergerak antara 1,660.96 dan 1,667.79 di sepanjang dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 477 berbanding 199, manakala 384 kaunter tidak berubah, 796 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.19 bilion saham bernilai RM970.0 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata, indeks komposit dijangkakan lemah ekoran penutupan rendah saham AS pada Selasa selepas Presiden Donald Trump, dalam taklimatnya kepada pemberita, menyatakan perjanjian mengenai tarif perdagangan dengan China ‘masih jauh untuk diselesaikan.”

“Situasi itu muncul sehari selepas indeks ekuiti utama melonjak ke paras penutupan tertinggi harian serta ketika Wall Street menilai laporan pendapatan bank,” katanya dalam nota penyelidikannya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini