Bursa Malaysia ditutup hampir paras tertinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup hampir paras tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia melepasi tahap rintangan 1,690 untuk ditutup hampir paras tertinggi dalam tempoh empat bulan hari ini.

Prestasi positif bursa tempatan itu susulan keyakinan perdagangan yang didorong penangguhan pengenaan tarif seterusnya dalam perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China selain pengurangan pengeluaran minyak mentah oleh Rusia dan Arab Saudi.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 7.38 mata atau 0.44 peratus untuk ditutup pada 1,691.0 iaitu paras tertinggi sejak 4 Mac 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks tersebut mencecah 1,693.99 semasa ditutup pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn. Bhd., Kenneth Leong berkata, aktiviti pengambilan untung didapati berlaku bagi saham murah menjadikan lingkungan pasaran sedikit negatif hari ini dengan 450 kaunter rugi berbanding 440 kaunter untung.

Indeks tersebut dibuka 2.16 mata lebih tinggi kepada 1,685.78 berbanding 1,683.62 ketika ditutup pada Isnin dan bergerak antara 1,684.06 dan 1,694.55 sepanjang hari ini.

Dagangan hari ini menyaksikan 386 kaunter tidak berubah, 562 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.82 bilion unit bernilai RM2.56 bilion daripada 3.31 bilion unit bernilai RM2.18 bilion pada Isnin.

Leong berkata, beliau menjangkakan peningkatan di bursa tempatan berterusan walaupun dengan pusingan baharu tarif ke atas import Kesatuan Eropah (EU) yang telah diumumkan oleh kerajaan AS awal hari ini.

“Tarif baharu itu tidak akan memberi kesan serta-merta ke atas Bursa Malaysia, namun impaknya mungkin mula dirasai pada akhir bulan ini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini