KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini ketika para pelabur mula meneliti kedudukan masing-masing dalam indeks petunjuk utama itu yang menyaksikan aktiviti belian ketara serta kebanyakan indeks global lainnya.
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.38 mata kepada 1,687.67 daripada paras 1,690.05 sewaktu ditutup pada Rabu.
Sewaktu dibuka, indeks susut 1.40 mata kepada 1,688.65.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 145 berbanding 74 manakala 162 kaunter tidak berubah, 1,459 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 153.37 juta unit bernilai RM36.64 juta.
Sementara itu, Malacca Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan pula mengunjurkan kenaikan FBM KLCI dan indeks-indeks global baru-baru ini tidak lagi ketara berikutan jangkaan bahawa dasar-dasar monetari yang lebih longgar oleh bank pusat tertentu bagi menampan keadaan ekonomi yang perlahan serta sambungan semula rundingan perdagangan AS-China.
“Berikutan itu, kita menjangkakan ini akan mencetuskan peningkatan sikap lebih berhati-hati dan ketidaktentuan dagangan yang menyaksikan pegangan ekuiti dikurangkan,” katanya.
Menurut firma penyelidikan itu, paras meningkat FBM KLCI dijangka sekitar 1,700 dan 1,710 manakala tahap rintangan pada 1,686 dan 1,680. – BERNAMA











