Bursa ditutup rendah susulan momentum jualan - Utusan Malaysia

Bursa ditutup rendah susulan momentum jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dipengaruhi jualan dalam sektor produk dan perkhidmatan perindustrian selain barangan dan perkhidmatan pengguna.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 3.9 mata lebih rendah kepada 1,678.97 berbanding 1,682.87 pada penutupan Selasa.

Indeks bergerak antara 1,674.13 dan 1,683.69 di sepanjang hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Asia-Pasifik, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata, beliau menjangkakan pasaran tempatan kembali positif minggu depan ekoran pendirian akomodatif Rizab Persekutuan (Fed) dan prestasi positif bursa serantau.

“Kami mendapati Wall Street kekal dalam kedudukan berhati-hati sepanjang dua hari lepas dengan pelabur menunggu petunjuk baharu yang menjurus kepada kemungkinan pengurangan kadar oleh Fed. Sentimen semasa dalam pasaran menunjukkan Fed akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata pada akhir Julai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nazri Khan berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahukan peluasan ekonomi yang mampan memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

“Ini merupakan sebahagian daripada strategi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik walaupun perdagangan global antara Amerika Syarikat (AS) dan China tegang. Setakat ini ekonomi tempatan berjaya mengekalkan pertumbuhan dalam suku pertama tahun ini.

“Inflasi utama dilihat stabil tanpa tekanan permintaan yang kukuh yang merupakan petunjuk positif untuk pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Pada penutupan, pasaran berada dalam kedudukan negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 berbanding 329, manakala 446 kaunter tidak berubah, 639 tidak diniagakan manakala 19 lagi digantung. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini