Bukit Aman langkah kanan Piala Hoki Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Bukit Aman langkah kanan Piala Hoki Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Finalis musim lalu, pasukan hoki Bukit Aman terpaksa ‘bermandi peluh’ untuk menewaskan Perak 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Hoki Ketua Polis Negara – TNB 2019 di Stadium Hoki Kangar, Perlis petang tadi.

Kemenangan bermakna itu diperoleh menerusi gol tunggal Mohd. Nazrin Nasir selepas menampan masuk hantaran daripada rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gol Perak, Zaidi Ibrahim pada minit ke-57.

Pengurus pasukan Bukit Aman, Mohd. Rizaudden Abdullah tetap berpuas hati dengan prestasi ditampilkan barisan pemainnya meskipun sekadar menang tipis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya pemain saya masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang selain berdepan kesukaran beraksi di bawah cuaca yang panas terik.

“Kami banyak melepaskan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol melalui beberapa pukulan sudut penalti. Jadi fokus selepas ini lebih kepada menguatkan bahagian serangan dan ketajaman pukulan sudut penalti,” katanya.

Sementara itu, skuad hoki Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) yang merupakan pasukan pilihan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sabah dalam aksi Kumpulan A.

Dua gol Pulapol dijaringkan oleh Azrul Shah Ramli menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-13 dan Mohd. Nasir Zainol Abidin minit ke-19.

Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Kuala Lumpur dan Sabah terpaksa berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan itu terikat 2-2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini