Budak hilang ditemukan selamat di Narathiwat - Utusan Malaysia

Budak hilang ditemukan selamat di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Polis hari ini mengesahkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kuala Besut, Besut pagi kelmarin ditemukan di Narathiwat, Thailand tengahari ini dalam keadaan selamat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner (ACP) Razmi Mohd. Gunnos berkata, pada masa sama pihaknya juga mengesahkan kehilangan murid tahun tiga itu bukan kes culik.

Beliau memberitahu, mangsa, Muhammad Saiful Aiman Mohamad yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, sebenarnya telah mengikut rakan ibunya dikenali sebagai Mok Noh berusia 60 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mok Noh adalah warganegara Thailand tetapi sudah lama berjiran dengan keluarga mangsa di Kuala Besut.

Menurutnya, Muhammad Saiful Aiman dikatakan keluar dari rumahnya di Simpang 4 Jalan Masjid, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut untuk membeli sarapan pagi kira-kira pukul 9 pagi kelmarin dan `kehilangannya’ disedari ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, pukul 6 petang hari yang sama sekembali dari tempat kerja.

Katanya, hasil siasatan polis, murid berkenaan telah mengikut Mok Noh untuk ke kampung asal wanita itu di Narathiwat, Thailand tanpa memberitahu ibu mangsa.

Menurutnya, sejurus mengetahui kehilangan Muhammad Saiful Aiman, keluarga MOk Noh di Thailand telah menyerahkan kanak-kanak itu kepada polis di Pangkalan Kubor, Kelantan hari ini sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Besut.

“Saya ingin jelaskan bahawa tiada sebarang unsur penculikan dalam kes ini, cuma kanak-kanak ini keluar rumah dan pergi ke Thailand tanpa pengetahuan ibunya. Yang penting Muhammad Saiful Aiman dijumpai dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini