Brazil musnahkan harapan Argentina - Utusan Malaysia

Brazil musnahkan harapan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL – Harapan Argentina untuk mara ke final Copa America buat kali ketiga berturut-turut berkecai apabila skuad kendalian Lionel Scaloni itu terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Brazil dalam aksi separuh akhir kejohanan di Stadium Mineirao, sebentar tadi.

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil bantuan daripada Roberto Firmino.

Aksi seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan bagaimanapun Brazil berjaya menggandakan jaringan menerusi percubaan pemain Liverpool, Firmino pada minit ke-71 berpunca daripada hantaran Gabriel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Argentina layak ke final dua edisi berturut-turut pada 2015 dan 2016. Kekalahan ini pastinya sukar diterima Argentina terutamanya kapten, Lionel Messi berikutan dia masih belum mempunyai trofi bersama skuad kebangsaan negaranya.

Tuan rumah, Brazil akan bertemu sama ada Chile atau Peru dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan final berlangsung pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini