Brazil mahu pertahankan rekod bersih - Utusan Malaysia

Brazil mahu pertahankan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Pemain tengah Brazil, Casemiro tekad untuk memastikan pintu gawang pasukannya tidak dibolosi menjelang pertemuan menentang Peru dalam aksi final Copa America, esok.

Tuan rumah, Brazil masih belum dibolosi sepanjang beraksi dalam kejohanan tersebut temasuk ketika membelasah Peru 5-0 di peringkat kumpulan.

“Menamatkan pertandingan tanpa dibolosi merupakan salah satu sasaran kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan jika kami tidak bolos, terima kasih bukan sahaja diucapkan kepada pertahanan tetapi pemain yang berada di depan juga banyak memberi bantuan dan itu memberi banyak perbezaan kepada pasukan,” kata pemain Real Madrid itu.

Brazil mara ke final selepas menewaskan Argentina 2-0. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini