Brazil juara Copa America - Utusan Malaysia

Brazil juara Copa America

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 20 minit terakhir permainan tidak menghalang Brazil daripada merangkul kejuaraan Copa America buat kali kesembilan selepas menewaskan Peru 3-1, sebentar tadi.

Gabriel Jesus meledak jaringan kedua Brazil pada minit ke-45 dan mencipta gerakan untuk gol pembukaan yang disempurnakan Everton di minit ke-15 sebelum dibuang padang pada minit ke-70.

Biarpun beraksi dengan kekurangan pemain, tuan rumah masih mampu menambah jaringan menerusi sepakan penalti Richarlison pada minit terakhir permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol tunggal Peru pula disempurnakan ketua pasukan, Paolo Guerrero menerusi sepakan penalti pada minit ke-44.

Ini adalah kejuaraan Copa America pertama Brazil sejak kali terakhir muncul juara pada 2007 di Venezuela.

Kemenangan di depan penonton sendiri di Stadium Maracana mengulangi detik gemilang skuad bola sepak Brazil ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 di venue yang sama.

Brazil hanya dibolosi sekali sepanjang kempen kejohanan untuk menambah koleksi kejuaraan yang sebelum ini dimenangi pada 1919, 1922, 1949, 1989, 1997, 1999, 2004 dan 2007. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini