Biar kelab uruskan - Tuchel - Utusan Malaysia

Biar kelab uruskan – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bos Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel mendedahkan dia sudah mengetahui Neymar mahu meninggalkan kelab itu sebelum bermulanya Copa America namun jurulatih dari Jerman itu mengakui kekal bertenang.

Khabar angin mengenai penyerang Brazil itu bakal kembali ke pangkuan Barcelona bertiup kencang selepas dia meninggalkan Camp Nou untuk menyertai juara Ligue 1 dengan rekod perpindahan 198 juta pound (RM1 bilion) dua tahun lalu.

Neymar yang menyatakan hasratnya mahu meninggalkan kelab Perancis itu telah kembali menyertai kem latihan PSG selepas gagal menghadirkan diri pada minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa kecewa apabila ada pemain yang lambat datang bagaimanapun di antara kami tidak ada apa-apa, kerana ia hanya melibatkan kelab dengan Neymar.

“Adakah saya tahu dia akan meninggalkan kelab? Ya, saya tahu sebelum Copa America namun itu urusan antara kelab dan Neymar.

“Saya jurulatih dan dia adalah pemain saya. Jika dia berada di bilik persalinan dia adalah pemain saya dan saya akan bekerjasama dengannya.

“Saya bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kita kena fleksibel dan saya tidak mahu bercakap tentan perkara ini. Saya kekal bertenang dan biar kelab uruskan hal ini. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Perkembangan terkini, Barcelona sudah pun membuat tawaran kepada PSG untuk mendapatkan semula Neymar secara lisan yang ketika ini sedang dalam proses pemulihan kecederaan lutut, lapor media Perancis, L’Equipe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini