KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyifatkan tindakan mempertikaikan kesahihan nombor pendaftaran kenderaan institusi raja oleh ahli parlimen DAP, sebagai amat biadap.
Berikut kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Peringkat JK Penyelaras PUTRA NEGERI JOHOR DT berkaitan Tindakan Biadap Ahli Parlimen DAP Labis Berhubung Isu No Plat Institusi Beraja
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
1. PUTRA memandang serius isu ini kerana melibatkan kesucian dan imej institusi beraja di negara ini. Adalah tidak wajar seorang berstatus Ahli Parlimen dari DAP mempersoalkan pemasangan plat TMJ dan RZ
2. PUTRA melihat tindakan ini amat biadap, bersifat kurang ajar dan seperti mempunyai agenda tersembunyi mungkin untuk menimbulkan kemarahan rakyat konon nya TMJ dan RZ melanggar undang2 JPJ. Rakyat yang sempurna akalnya mampu memahami ia di tuju kepada TMJ dan YM Raja Zarith.
3. MP DAP ini secara jelas cuba mempersendakan TMJ dan RZ yang merupakan sebahagian dari institusi diraja negeri Johor. Negara kita mengamalkan Raja Berperlembagaan dan raja adalah ketua negeri dan berdaulat.
4. Mana-mana pihak yg tidak tahu mengenal budi dimana langit di junjung di situ bumi di pijak boleh berambus dari Johor atau Malaysia. Di Johor ada tertibnya, adatnya, santunnya dan ini adalah warisan budaya bangsa turun temurun
5. Berhubung kenyataan bertulis dari Kementerian Pengangkutan berhubung isu kebiadapan MP adalah jelas dan nyata bahawasanya penggunaan plat khas untuk institusi raja adalah dibenarkan dan sah.
6. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawasanya pihak Kementerian Pengangkutan sendiri telah sembah maklum berkenaan agenda licik yg dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib yang mempunyai unsur kepentingan politik.
7. Walaupun demikian, PUTRA bersetuju agar setiap soalan yg ditanya oleh DAP tidak dijawab sepenuhnya, terutamanya tujuan sebenar soalan yg dikemukakan dari MP DAP Labis. Ini bertujuan mengelak salah faham dan kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat.
8 PUTRA mengingatkan Sejarah Kesultanan Melayu telah memperjelaskan bahawasanya institusi raja adalah tuan tanah yang berkongsi kemakmuran dengan rakyat melalui ikatan Persekutuan Tanah Melayu yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapun.
9. Justeru itu, tindakan yang dirancang seperti ini sebenarnya adalah salah satu strategi licik untuk mengelirukan rakyat antara konsep liberalisme atau sama rata dan Kedaulatan Institusi Beraja Melayu.
10. PUTRA sekali lagi ingin bertanya, kenapa tidak persoalkan no plat khas kereta ATM? Kenapa guna no plat Z, ZA, ZD ataupun ZZ untuk MINDEF? Sebab antara lain tujuannya membezakan sesuatu fungsi, organisasi dan institusi yg diwakili oleh sesuatu entiti. Lebih – lebih lagi institusi raja yg merupakan pemilik tanah berdaulat. Begitu juga persoalan no plat khas seperti OIC, SUKOM, BAMBEE, PATRIOT, 1M4U dan banyak lagi.Mengapa tidak persoalkan?
11. Selaku ADT PUTRA, saya mengutuk sekeras-kerasnya taktik licik berkepentingan politik ini yg bertujuan mencemar kesucian dan imej Institusi Beraja. Saya juga mendesak agar tarik balik soalan bodoh tersebut dan kenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.
12. Mohon maaf ? Itu adalah Salah satu taktik untuk ‘test market’ yang telah dilakukan berulang kali.Bersikap kurang ajar kemudian minta maaf. Mudah saja. Tapi PUTRA menolak dgn cara minta maaf jika ia membabit Agama Islam Kaum Bumiputra dan Institusi Raja. Seorang pemimpin berstatus wakil rakyat, sudah semestinya tahu akan risiko pernyataan mereka. Mereka bukan lagi berstatus kanak- kanak Tadika atau orang hilang akal…!
Sekian terima kasih.

Arjuna Putera Ali
Ahli Dewan Tertinggi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Setia Usaha Penyelaras PUTRA Johor merangkap Ahli Dewan Tertinggi PUTRA Malaysia











