Beruban sebelum waktu - Utusan Malaysia

Beruban sebelum waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTI timbul perasaan kurang yakin apabila rambut mulai memutih biarpun anda baru sahaja memasuki alam remaja. Jika dahulu, beruban sering dikaitkan dengan proses penuaan namun kini, tidak lagi.

Faktor keturunan antara penyebab utama ramai remaja kini mempunyai rambut beruban pada usia muda. Ini bermakna, apabila ibu bapa dan saudara terdekat mula beruban pada usia muda maka potensi untuk anda beruban dengan cepat juga akan menjadi lebih besar.

Berikut terdapat beberapa langkah penjagaan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rambut memutih sebelum waktu.

Memuatkan artikel berkaitan…

*Gizi pemakanan seimbang

Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut. Bagaimanapun, punca tersebut boleh bersifat sementara yang mana pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam jika anda mengikut gizi pemakanan yang seimbang.

*Kebersihan rambut

Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut supaya mahkota anda tersebut kelihatan sihat dan bersinar. Selain itu, jangan lupa membaca label kandungan syampu bagi mengelakkan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan rambut anda. Penggunaan syampu daripada jenis antipenuaan dan limau purut juga mampu mengatasi masalah rambut beruban.

*Atasi tekanan

Tidak dapat mengawal tekanan dalam kehidupan seharian antara penyebab rambut beruban pada usia muda. Oleh itu, belajarlah untuk mengendalikan tekanan dan jalani kehidupan yang lebih santai demi mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

* Petua tradisional

Dikatakan masyarakat di India menggunakan daun kari untuk mendapatkan rambut sihat dan hitam bersinar. Caranya, ambil beberapa helai daun kari yang telah dicampurkan dengan air suam dan kemudian usap pada rambut. Untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki, amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini