KUALA LUMPUR 4 Julai – Padiberas Nasional Bhd (Bernas) komited untuk meneruskan peranannya di dalam industri beras dalam negara. Bernas dalam kenyataan berkata, syarikat tersebut akan meneruskan komitmennya dalam memastikan jaminan bekalan beras negara sentiasa mencukupi. “Semenjak diswastakan pada Januari 1996, Bernas telah mengambil alih sepenuhnya tugas sosial dan komersial yang selama ini dipikul oleh Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dengan kerajaan kekal mengawal hal-hal yang melibatkan polisi dan…










