LEBIH 1,400 daripada 1,976 pemandu teksi di Negeri Sembilan masih belum membuat caruman di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ini didedahkan Pengarah Perkeso negeri, M. Nallusamy yang menyifatkan masih ramai pemandu teksi kurang kesedaran untuk mendaftar sedangkan skim itu adalah untuk kebaikan mereka dan keluarga jika berlaku kemalangan atau musibah.
Wartawan HARADIAN SHAH HAMDAN menemubual pemandu teksi di Terminal One Seremban bagi mendengar luahan dan pandangan mereka yang kemungkinan dikenakan kompaun sehingga RM4,000 akibat gagal mendaftar.
Rata-rata mengakui belum mendaftar kerana tidak mengetahui secara terperinci skim tersebut dan manfaat yang akan diperoleh selain meminta Perkeso sedikit masa kepada mereka yang belum berbuat demikian.
Butiran lanjut mengenai isu tersebut boleh didapati dalam akhbar edisi cetak Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE











