Beli-belah di Bazaar Ria Puspanita esok - Utusan Malaysia

Beli-belah di Bazaar Ria Puspanita esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Bazaar Ria Puspanita di Lobi Dewan Persidangan Kompleks pihak berkuasa tempatan itu, esok.

PROGRAM jualan Bazaar Ria yang akan diadakan di lobi Perbadanan Putrajaya (PPj) esok.

PPj memberitahu, program yang bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang itu menawarkan pelbagai produk jualan antaranya pakaian kanak-kanak, aksesori wanita, makanan serta minuman yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan bazar kali ini sekali gus menunjukkan sokongan kepada usahawan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini