MELAKA 17 Julai – Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dengan menikam mangsa selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Seri Duyong Fasa Dua di sini pada awal bulan ini. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mahat Jalil, 56, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Teoh Shu Yee. Tertuduh bagaimanapun sempat meluahkan kata-kata, “Saya sayang isteri saya.” Mahat didakwa menyebabkan kematian isterinya, Samnah Mohamed, 55, pada pukul 10.22 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Duyong Fasa Dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya