KUALA TERENGGANU 16 Julai – Bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) berusia 31 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan penipuan berkaitan tawaran pakej umrah pada tahun 2016. Mohd. Adam Mohd. Ghazali, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob. Tertuduh yang berasal dari Besut itu menghadapi 26 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu antara Jun hingga Oktober 2016. Mohd. Adam dituduh menipu lebih 20 orang mangsa di beberapa daerah di negeri ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya