SHAH ALAM – Pemilik taska yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kejadian bayi lelaki lemas di dalam baldi sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek wanita berusia 30-an dibebaskan selepas mendapati siasatan berkaitannya telah lengkap. “Dia (pemilik taska) telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam selama tiga hari sebelum ini tamat hari ini. “Kertas siasatan sedang dilengkapkan selain menunggu laporan daripada pakar perubatan sebelum dituduh di mahkamah,”katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya