Barcelona tewaskan PSG adalah saat terindah Neymar - Utusan Malaysia

Barcelona tewaskan PSG adalah saat terindah Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Neymar mendedahkan bahawa aksi Liga juara-Juara 2016-17 yang menyaksikan Barcelona bangkit menewaskan Paris-Saint Germain (PSG) adalah momen terbaik dalam karier bola sepak dirinya.

Bintang Brazil itu sedang bertegang leher bersama PSG selepas dia didakwa sedang mencari jalan untuk kembali menyertai Barcelona.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo mengesahkan bahawa Neymar boleh meninggalkan kelab itu sekiranya ada kelab sanggup memenuhi bayaran yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Neymar menyertai PSG daripada Barcelona pada harga 222 juta euro (RM1.06 bilion) dan lima bulan sebelum itu, dia memainkan peranan besar ketika menyingkirkan juara Perancis itu daripada aksi kalah mati Liga Juara-Juara.

PSG merekodkan kemenangan 4-0 dalam aksi pertama sebelum Barcelona bangkit dengan kemenangan 6-1 di Camp Nou dengan Neymar menjaringkan dua gol selepas minit ke-88 bagi mencipta sejarah terhebat dalam kancah bola sepak Eropah.

“Saat terindah sebagai pemain? Ada dua, satu ialah ketika memenangi Sukan Olimpik bersama Brazil.

“Satu lagi ialah ketika menentang Paris. Apa perasaan kami selepas jaringan keenam…saya tidak pernah rasakannya. Sangat luar biasa.

“Ketika kami menang menentang PSG dengan Barcelona…situasi luar biasa. Ia adalah perasaan luar biasa bat kami semua,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini