BARCELONA – Barcelona hari ini mengumumkan bahawa mereka telah sah mengikat pemain sayap muda Jepun Hiroki Abe dari kelab Liga-J, Kashima Antlers.
Skuad Catalan memberitahu, mereka membayar 1.1 juta euro (RM5.09 juta) untuk tempoh 20 tahun dan meletakkannya ke dalam pasukan pelapis, di mana dia akan bersaing bersama pasukan divisyen ketiga Sepanyol, Segunda B.
Barcelona menambah, Abe telah menandatangani kontrak empat tahun dengan 40 juta euro (RM185 juta) klausa pembelian, di mana ia boleh meningkat kepada 100 juta euro (RM463 juta) jika dia dinaikkan ke skuad utama.
“Dia dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
“Abe, yang membuat penampilan sulung dalam Copa America bulan lalu, boleh bermain dalam pelbagai posisi di bahagian atas, namun dia paling sesuai berada di sayap kiri,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.
Dia merupakan Pemain Muda Terbaik 2018 dalam Liga-J, termasuk memenangi Liga Juara-Juara Asia bersama Kashima pada tahun tersebut.
Dia membuat 79 penampilan untuk Kashima sepanjang tiga musim dengan meledak 10 gol.- AFP











