Barcelona buat air mata Griezmann mengalir - Utusan Malaysia

Barcelona buat air mata Griezmann mengalir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Antoine Griezmann mendedahkan dia mengalirkan air mata kegembiraan apabila episod perpindahannya ke Barcelona menjadi kenyataan.

Perpindahan penyerang tersebut bernilai 120 juta euro (RM554 juta) ke skuad Catalan itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu menjadi subjek kontroversi susulan perpindahannya, dengan kelab Atletico Madrid mendakwa Barcelona telah berbincang secara peribadi dengan Griezmann sebelum tirai musim lalu ditutup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun Griezmann kini mampu tersenyum lebar apabila dia disahkan menjadi pemain Barcelona secara rasmi.

“Saya telefon bapa saya dan saya menangis dengan gembira kerana saya berada di sana, semuanya selesai.

“Saya bersama kawan, isteri dan anak-anak saya dan ia merupakan satu pengalaman berharga,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini