Bapa dakwa petugas hospital tidak beretika - Utusan Malaysia

Bapa dakwa petugas hospital tidak beretika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 5 Julai – Seorang bapa mendakwa pihak Hospital Melaka mengamalkan karenah birokrasi ketika menguruskan anak perempuan sulungnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Panglima Awang di sini pada Selasa lalu.

Mat Ariff Mohd. Rejab, 50, mendakwa, anak perempuannya itu kini hilang ingatan disebabkan kecederaan yang dialami iaitu gegaran pada otak selain mengalami kecederaan retak tulang bahu dan pinggul berikutan kemalangan tersebut.

Apa yang menyedihkan katanya, dia diminta oleh Hospital Melaka untuk membawa pulang anaknya, Nur Syarirah Syafiqah, 21, kira-kira pukul 3 pagi kelmarin selepas enam jam menerima rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya anak saya ditahan di wad tetapi pihak hospital suruh balik tanpa pemantauan. Apabila saya bawa anak saya balik rumah masalah ini timbul apabila dia anak saya hilang ingatan dan tidak kenal siapa saya.

“Saya cuba menghubungi hospital untuk membawa balik anak saya untuk menerima rawatan tetapi alasan yang diberi adalah ambulans rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam di sini pagi ini.

Mengulas lanjut, Mat Ariff yang tidak bekerja memberitahu, dia kemudian meminta bantuan seorang peguam, S. Raaj untuk menyelesaikan masalah dihadapinya dan peguam itu juga cuba menghubungi pihak hospital.

Dakwanya, peguam itu kemudian cuba menghubungi pihak hospital malah alasan yang sama diberikan oleh petugas pusat perubatan itu.

Berikutan permasalahan itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak profesional petugas hospital dan sikap sambil lewa pentadbiran hospital serta pemimpin kerajaan negeri yang gagal dihubungi.

DR. RUSHIDI RAMLY
DR. RUSHIDI RAMLY 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Dr. Rushidi Ramly berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu walaupun secara asasnya perkara tersebut adalah tidak benar.

“Saya sedang menyiasat untuk mengetahui fakta dan keadaan sebenar yang berlaku kerana ada antara dakwaan itu tidak berasas.

“Dakwaan pesakit tidak dirawat dan disuruh pulang adalah tidak benar sama sekali. Kita tidak pernah halau pesakit malah dia sudah menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di Seri Negeri hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini