JEMPOL 10 Julai – Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali cedera selepas motosikalnya terbabas dalam kejadian di Jalan Pasoh 2/3, Bandar Seri Jempol di sini hari ini.
Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, Mohd. Ali Idris, 70, menunggang motosikal berseorangan.
“Apabila tiba di lokasi kemalangan, dia gagal mengawal motosikal dan terbabas.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut kemalangan melibatkan bapa wakil rakyat Barisan Nasional itu masih diteruskan. -UTUSAN ONLINE











