Bangunan runtuh di Mumbai: Dua maut, 40 terperangkap - Utusan Malaysia

Bangunan runtuh di Mumbai: Dua maut, 40 terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI 16 Julai – Dua orang terbunuh manakala lebih 40 lagi masih terperangkap selepas sebuah bangunan runtuh akibat hujan lebat monsun melanda ibu kota Mumbai, hari ini.

Runtuhan itu merupakan insiden kedua di Mumbai dalam tempoh dua minggu.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Tanaji Kamble berkata, insiden runtuhan bangunan itu berlaku di Dongri, Mumbai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua orang meninggal dunia dan lebih 40 terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu,” katanya.

Jelas beliau, lima orang termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini