KUALA LUMPUR 29 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, ketidakhadiran beliau ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, semalam adalah kerana mempunyai tugasan lain sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak hairan ekoran menjadi sasaran pihak tertentu mempersoalkan kegagalannya hadir ke mesyuarat yang turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. “Sebab ada tugas. Kita sebagai pemimpin…