Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat - Utusan Malaysia

Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 9 Julai – Ayahanda saudara kepada Sultan Selangor,Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pukul 8 malam tadi kerana sakit tua.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Almarhum yang Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, dilaporkan mangkat pada usia 84 tahun.

Tengku Ismail Shah yang diputerakan pada 26 Jun 1935 adalah anakanda kepada Sultan Selangor Ke-7, Sultan Hisamuddin Alam Shah serta adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Istiadat pemakaman dijangka berlangsung di Makam Diraja Klang kira-kira jam 10 pagi nanti.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum,” tulis kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini