Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat - Utusan Malaysia

Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ayahanda saudara kepada Sultan Selangor, Tengku Besar Putra Selangor Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat pukul 8 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook Royal Selangor Office, Almarhum Tengku Ismail Shah mangkat pada usia 84 tahun di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua.

Jenazah Almarhum dijangka dimakamkan di Makam Diraja, Klang, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tengku Ismail Shah yang diputerakan pada 26 Jun 1935 adalah anakanda kepada Sultan Selangor yang ketujuh, Sultan Hisamuddin Alam Shah serta adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini