KUALA LUMPUR 2 Julai – Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan dilantik menyandang Kursi Zaaba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuat kuasa semalam bagi tempoh dua tahun.
Awang sebelum ini pernah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP) selain menjadi Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan di Universiti Malaya (UM).
Kursi Zaaba dilancarkan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2000 bagi menjadikan UPSI sebagai pusat pembangunan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dalam negara atau rantau Asia Tenggara.
Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dilantik sebagai Pengarah dan Penyandang Pertama Kursi Za’ba bermula Disember 2001 hingga Ogos 2005. – UTUSAN ONLINE











