Australia dakwa kapal China intip latihan perang - Utusan Malaysia

Australia dakwa kapal China intip latihan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 8 Julai – Australia sedang mengesan sebuah kapal pengintip China yang dipercayai akan berada di luar kawasan perairannya untuk memantau latihan tentera antara Australia dan Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

Lapor Channel News Asia, sekurang-kurangnya 25,000 orang anggota tentera Australia dan AS bakal menyertai latihan ketenteraan dua tahun sekali yang dikenali sebagai Talisman Sabre itu.

Ketua Operasi Bersama, Pasukan Pertahanan Australia, Leftenan Jeneral, Greg Bilton berkata, kapal pengintip itu dipercayai menuju ke pantai di timur laut Australia untuk melihat sendiri latihan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sedang mengesannya (kapal). Kami belum pasti destinasi sebenar kapal itu namun menjangkakan ia akan berada di pantai timur Queensland dan kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini