Atletico tiada sebarang bukti - Utusan Malaysia

Atletico tiada sebarang bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID- Atletico Madrid tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong dakwaan Barcelona membuat perjanjian awal untuk mendapatkan Antoine Griezmann pada Mac lalu, kata Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.

Barcleona menghidupkan klausa perpindahan Griezmann bernilai 120 juta euro (RM555.52 juta) dan melengkapkan perpindahan bintang Perancis itu, Jumaat lalu.

Selepas pengumuman perpindahan itu, Atletico mengeluarkan kenyataan bagi mencabar perjanjian itu dan menegaskan bahawa Griezmann dan kelab Catalan itu membuat perjanjian itu seawal Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atas dasar itu, Atletico merasakan mereka layak untuk menerima bayaran 200 juta euro (RM925.87 juta) berbanding nilai 120 juta euro (RM555.52 juta) yang diturunkan pada 1 Julai lalu.

Bartomeu bagaimanapun sangat tenang dengan situasi itu dan yakin bahawa Atletico tidak mempunyai sebarang dasar untuk meminta bayaran itu.

“Saya sudah bercakap dengan mereka tetapi saya tidak rasa mereka ada sebarang bukti kerana tiada sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan itu.

“Saya faham semua pihak akan mempertahankan kepentingan masing-masing dan saya sudah bercakap dengan Enrique Cerezo (presiden Atletico) tetapi saya tidak lihat kes ini akan berpihak kepada mereka.

“Kami menghubungi Griezmann selepas dia membuat rakaman video mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong dan ia tidak berlaku pada bulan Mac,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×