Arfiqanie sedia galas cabaran negara - Utusan Malaysia

Arfiqanie sedia galas cabaran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petinju negara, Arfiqanie Ahmad Anshori bersedia untuk menggalas cabaran negara di Sukan SEA Manila 2019 dalam kategori baharu iaitu 60 kilogram (kg).

Atlet berusia 23 tahun itu sebelum ini bersaing dalam acara 56kg dalam dua edisi Sukan SEA sebelum ini dan bertekad mahu memperbaiki pencapaian sebelum ini di Filipina.

“Kategori ini kurang pencabar, maknanya kurang petinju berpengalaman kerana kebanyakannya sama seperti saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam dua edisi sebelum ini saya tewas di suku akhir kepada petinju Thailand yang jauh lebih berpengalaman dan kini saya akan bersaing dengan atlet muda, ada yang pernah menjadi rakan sepelatih saya,” katanya.

Arfiqanie menjadi sandaran kontinjen negara untuk meraih pingat di Manila selepas R.Indran membuat keputusan meninggalkan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Arfiqanie berkata, dia tidak begitu tertekan untuk menggalas tanggungjawab besar di Manila.

“Saya rasa kurang tekanan kerana jurulatih (Azmi Mohd Yunus) lebih memahami rentak saya dan saya juga yakin selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik Asia pada Kejohanan ASBC sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Indra berjaya meraih gangsa di Kuala Lumpur 2017 dalam acara 75kg tetapi tidak dapat memberikan komitmen bagi temasya bermula 30 November hingga 11 Disember ini kerana berdepan masalah peribadi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini