PENCEMARAN Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor diakui berlaku akibat sisa kimia bertoksik yang dibuang di sungai berkenaan oleh pengusaha industri yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada pencemaran bau dan udara di Pasir Gudang ini dirasai oleh masyarakat setempat dan berdekatan. Lebih menyedihkan ramai pelajar mengalami pelbagai simptom penyakit akibat terhidu sisa kimia bertoksik tersebut. Antaranya ialah muntah, gejala sesak nafas, sakit kepala, loya dan pening sehingga terpaksa di hantar ke hospital. Kejadian turut menyebabkan Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan menutup 111 sekolah di daerah berkenaan demi keselamatan pelajar, guru serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya